Pelakon Lee Dong Wook membuktikan dirinya masih digilai apabila tiket bertemu peminatnya habis di jual hanya dalam masa 60 saat.
Menurut laporan Koreaboo, lebih daripada 1500 telah dijual selepas ia dilancarkan pada 10 Februari lalu menerusi penjualan secara online.
"Ini membuktikan bahawa kehadiran Lee Dong Wook dalam industri hiburan masih relevan meskipun terdapat banyak pelakon baru.
"Ia merupakan sesuatu yang tidak terjangka kerana tiket untuk bertemu dengannya habis dijual dalam masa yang sangat cepat.
"Ini kerana Lee Dong Wook kembali digilai peminat selepas kemunculannya dalam drama bersiri Goblin bersama Gong Yoo mendapat perhatian," kata sumber
Program bertemu peminat itu akan diadakan pada 12 Mac depan di Bluesquare Samsung Card Hall, Seoul.
Dalam pada itu, Dong Wook juga merancang untuk mengadakan siri jelajah di beberapa negara Asia untuk bertemu peminatnya bermula April depan.