Pelawak Abam (Bocey) mengakui pernah mengalami masalah untuk mencari kerja kerana gemuk.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 29, berkata, bentuk fizikal yang besar telah menyukarkannya untuk mencari kerja selain menjadi seorang pelawak.

"Saya tidak boleh kerja jadi pengawal atau di restoran makanan segera seperti orang lain kerana agak mustahil bagi mereka menempah baju bersaiz khas untuk saya seorang sahaja.

"Kerana itulah saya mengatakan bukan mudah untuk orang berbadan seperti ini untuk mencari kerja yang perlu memakai pakaian seragam.

"Saya berasa amat bersyukur dan menghargai kerjaya yang ada sekarang. 

"Jadi peluang yang ada sekarang ini saya harus gunakan dengan sebaik mungkin untuk mengumpul harta pada masa depan," katanya kepada Astro Gempak.

Abam ditemui pada majlis pelancaran Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) yang diadakan  di Hotel Royale Chulan, baru-baru ini.

Kumpulan Bocey akan berentap bersama 14 kumpulan lain di MLM 2017 yang akan bersiaran secara langsung dari Royal Teater, Shah Alam, setiap Jumaat bermula 17 Februari ini, pukul 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).
Pelakon Lee Dong Wook membuktikan dirinya masih digilai apabila tiket bertemu peminatnya habis di jual hanya dalam masa 60 saat.

Menurut laporan Koreaboo, lebih daripada 1500 telah dijual selepas ia dilancarkan pada 10 Februari lalu menerusi penjualan secara online.

"Ini membuktikan bahawa kehadiran Lee Dong Wook dalam industri hiburan masih  relevan meskipun terdapat banyak pelakon baru.

"Ia merupakan sesuatu yang tidak terjangka kerana tiket untuk bertemu dengannya habis dijual dalam masa yang sangat cepat.

"Ini kerana Lee Dong Wook kembali digilai peminat selepas kemunculannya dalam drama bersiri Goblin bersama Gong Yoo mendapat perhatian," kata sumber

Program bertemu peminat itu akan diadakan pada 12 Mac depan di Bluesquare Samsung Card Hall, Seoul.

Dalam pada itu, Dong Wook juga merancang untuk mengadakan siri jelajah di beberapa negara Asia untuk bertemu peminatnya bermula April depan.
Penyanyi Adira yang sarat hamil dan dijangka bersalin pada 22 Mac depan kelihatan semakin berisi.

Menerusi perkongsian foto terbarunya dua hari lalu jelas menunjukkan bahagian pipinya yang semakin tembam.

Walaupun Adira nampak semakin berisi namun wajahnya yang pucat itu menyebabkan pengikut Instagram (IG)nya meluahkan rasa bimbang terhadap kesihatan penyanyi yang berasal dari Sabah itu.

Rata-ratanya meminta Adira menjaga diri dan kesihatan dengan baik memandangkan tarikh jangkaan bersalinnya sudah begitu hampir.

Tidak kurang juga ada yang memberikan tips dan memohon supaya Adira kerap berjalan untuk memudahkan proses bersalin nanti.

Selain itu, mereka juga turut mendoakan semoga segala urusan bersalin Adira dipermudahkan.

Dalam pada itu menerusi temubual sebelum ini, Adira menyatakan hasrat untuk bersalin dan menjalani tempoh berpantang di Kuala Lumpur.
Pelakon Amar Baharin menjelaskan pernah berhasrat untuk mengehadkan tawaran berlakon bersama isterinya, Amyra Rosli.

Menurut Amar, perkara tersebut tidak tercapai kerana menerima banyak tawaran untuk berlakon bersama selepas kahwin.

"Memang pada awalnya kami rancang untuk kurangkan berlakon bersama selepas kahwin, tapi nampaknya kami tak boleh nak elak.

"Alhamdulillah, rezeki untuk kami berlakon berdua nampaknya banyak pula dan untuk apa kami menolak jika ia merupakan permintaan stesen TV sendiri.

"Sebenarnya ramai juga ingin menggandingkan kami sebagai suami isteri dalam sesebuah drama kerana di negara kita banyak syarat yang ditetapkan untuk berlakon.

"Jadi perkara ini memudahkan kerja dan ia tidak akan menimbulkan sebarang isu kerana kami memang suami isteri yang sah," katanya.

Amyra dan Amar ditemui ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu dan muzik video karaoke berjudul Kisah Cinta Kita yang diadakan di Red Box Gardens, baru-baru ini.
Drama adaptasi novel Urusan Hati Cik Drama Queen karya Areila Sahimi akan menemui penonton di Astro Ria. Drama sentuhan pengarah Michael Ang ini membariskan pelakon-pelakon popular seperti Aiman Hakim, Scha Alyahya, Randy Pangalila, Ozlynn, Ungku Hariz ramai lagi. Drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen akan bersiaran mulai 6 Februari 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

JUDUL : URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN
TARIKH TAYANGAN : 6 Februari 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENULIS NOVEL : Areila Sahimi
SKRIP : Nazri M.Anuar
PENGARAH : Michael Ang & Hadith Omar
TERBITAN : Darkwave Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Scha Alyahya, Aiman Hakim Ridza, Randy Pangalila, Shalma Ainaa, Adriana Adnan, Isyariana, Ozlynn, Ungku Hariz, Ziha Salleh, Sheila Mambo, Nazrief Nazri, Sharul Kamal, Dato Khadijah Ibrahim , Dato Ahmad Tamimi Siregar 

WATAK PELAKON 
Scha Alyahya sebagai Syazlin
Aiman Hakim Ridza sebagai Fadhlan
Randy Pangalila sebagai Faris
Shalma Ainaa sebagai Farissa
Adriana Adnan sebagai Zehra
Isyariana sebagai Hanissa
Ozlynn sebagai Husna
Ungku Hariz sebagai Yeop
Ziha Salleh sebagai Fasha
Nazrief Nazri sebagai Edy

LAGU TEMA / OST URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN
Lagu : Urusan Hati
Penyanyi : Sarah Fazny

SINOPSIS URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN
Mengisahkan bagaimana Syazlin yang sangat 'drama queen' dalam apa jua situasi. Setiap perkara yang berlaku dalam dirinya dianggap masalah besar.

Pada masa sama, Syazlin sering tidak bernasib baik dalam hubungan cinta. Pada suatu hari Syazlin berjumpa dengan Faris dan jatuh cinta. Namun cintanya ditolak kerana Faris bakal berkahwin dengan orang lain.

Syazlin kemudian bertemu dengan Fadhlan. Mereka berkawan baik dan Syazlin mula jatuh hati. Sekali lagi dia menggunakan pendekatan sama iaitu ingin mengejar dan mendapatkan cintanya itu. Syazlin meluahkan perasaanya melalui surat cinta berserta taburan bedak wangi.

Siapa sangka Syazlin hanya bertepuk sebelah tangan kerana Fadhlan hanya menggangap dia sebagai kawan. Ketika itu Syazlin mendapat tahu Fadhlan adalah tunangan orang iaitu Hanissa. Ketika pernikahan mereka semakin hampir, tragedi malang menimpa Hanissa. Fadhlan mula menadi muram dan dingin. Syazlin pula cuba untuk menceriakan si dia.

Dapatkah Syazlin bertemu dengan putera idamannya itu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ceritakita © 2017 ceritonton