Wani GGv minggu 1


Program nyanyian Gema Gegar Vaganza bakal bersiaran di Astro Oasis berkonsepkan pertandingan realiti dan berbentuk kerohanian. Mengangkat tema Gema Irama Terindah, program realiti yang diinspirasikan daripada Gegar Vaganza bakal manampilkan 10 peserta yang terdiri daripada berkumpulan dan solo yang mana mereka akan menyampaikan lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan dan mengandungi mesej-mesej positif. Barisan artis yang terlibat ialah kumpulan Hijjaz, Saujana, Mirwana dan UNIC, manakala bagi peserta solo pula Hafiz Hamidun, Ana Rafali, Bienda, Azmi Caliph Buskers, Izam EYE dan penyanyi muda, Wani. Gema Gegar Vaganza’ yang akan bersiaran secara langsung selama lapan minggu dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada setiap hari Sabtu mulai 8 April 2017, jam 9.00 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135). Ia juga boleh dinikmati di platform Astro on the Go (AOTG) dan Astro On Demand.
Share this video :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Ceritakita | Copyright © 2017. Ceritakita - All Rights Reserved