trauma 1

Mengisahkan enam sekawan iaitu Roza lakonan Janna Nick, Budin (Saharul Ridzwan), Haneem (Zara Zya), Edi (Idris Khan), Faz (Raja Afiq) dan Jaja (Dayana Roza) yang saling mengenali melalui laman sosial ‘chatroom’. Mereka ada satu persamaan iaitu pernah mengalami trauma dalam hidup. Mereka memutuskan untuk bertemu dan mengambil percutian bersama dengan menyewa sebuah banglo. Roza menawarkan diri untuk menjadi penganjur percutian itu. Ketika mahu mengambil kunci rumah sewa daripada jiran, dia ditegur dengan satu pepatah iaitu adakah buaya menolak bangkai. Malah seorang demi seorang yang masuk ke dalam pagar rumah terbabit ditegur oleh jiran sama dengan pepatah yang berbeza. Pada malam itu mereka mula berkongsi tentang perkara yang membuatkan mereka menjadi trauma. Kejadian aneh berlaku dan mereka tidak dapat keluar dari banglo itu.
Share this video :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Support : Ceritakita | Copyright © 2017. Ceritakita - All Rights Reserved