Program temubual terbaharu The Sarimah Show bakal bersiaran pada 5 Mac ini, setiap malam Ahad pada jam 11.00 di TV3. Pelbagai segmen dan topik menarik disediakan bersama dengan hos Sarimah Ibrahim serta barisan tetamu terdiri daripada selebriti popular seperti Fasha Sandha, Neelofa, Alif Satar, Amy Mastura, Fattah Amin, Kris Dayanti dan ramai lagi. The Sarimah Show mempunyai beberapa segmen seperti Cer Cita?, Diari Sarimah, Ada Berani?, Ok Mari.. dan Kerusi Panas.
Menerusi segmen Cer Cita? para penonton dapat mengetahui perkembangan terkini mengenai karier dan juga kehidupan para selebriti tempatan dan luar negara.
Segmen Diari Sarimah pula, Sarimah akan membincangakan isu-isu semasa yang terjadi disekeliling kita. Beliau akan berkongsi pengalaman dan juga pandangannya bersama tetamu jemputan.
Penonton juga pasti terhibur dengan segmen Ada Berani, OK Mari… di mana para penonton dapat melihat telatah Sarimah serta selebriti jemputan bermain permainan yang pelik dan menyeronokkan.
Bukan itu sahaja, penonton yang hadir juga berpeluang untuk turut serta dalam permainan itu dan berpeluang memenangi hadiah menarik yang disediakan.
Tetamu-tetamu juga tidak terlepas dengan soalan-soalan panas lagi kontroversi menerusi segmen Kerusi Panas. Selain itu, segmen-segmen lain seperti Baju dan Gincu, perkongsian fesyen menarik sesuai dengan majlis dan keramaian dan juga Anak Siapa Ni? yang mengetengahkan kanak-kanak yang berbakat turut menjadi tarikan bagi The Sarimah Show yang sesuai ditonton seisi keluarga ini.