Asif sudahpun mempunyai cinta hati sendiri begitu juga Raudhatul. Namun, atas aturan keluarga Asif dan Raudhatul dikahwinkan. Sejak itu, Asif menjadi panas baran dan sering memarahi Raudhatul.
Apabila cinta membawa kita mengenali Allah maka pilih cinta itu. Seorang gadis cina iaitu Marie terjebak dengan kemunafikan cinta iaitu Asif sehingga membuatkan Marie jatuh cinta pada agama Islam. Dia membuang cinta palsu lalu memilih cinta yang kekal. Asif yang dahulunya hanya munafik demi cinta akhirnya terperangkap dalam agama sendiri dengan rasa berdosa. Perkenalan antara Raudhatul dan Ustaz Daniel membawa erti keberkatan dan restu dalam hubungan cinta. Apakah yang akan terjadi apabila hidayah mengiringi dalam setiap permainan cinta mereka?