Sinopsis filem Tercipta Untukku, tiga kali Adil dan Thia dipertemukan dgn cara yg tidak diduga. Tanpa sedar, ketiga-tiga pertemuan itu rupa-rupanya pembuka jalan untuk mereka saling mengenali. Namun bukan mudah membina kemesraan. Pelbagai dugaan dan rintangan mendatang dari saat perkenalan dua hati ini, episod percintaan mereka sehinggalah ke gerbang perkahwinan. Thia dan Adil telah disahkan mengidap barah otak tahap keempat dan diberikan jangka masa enam bulan sebelum ajal datang menjengah. Hati mana yang tidak luluh terutamanya apabila kedua-duanya mengimpikan perkahwinan terindah hingga ke usia emas. ‘Ya, selamanya saya tercipta hanya untuk awak seorang’. Sebuah ungkapan yang sangat mendalam, tulus dan kuat. Sekuat cinta Thia dan Adil. Mereka berpegang kepada ungkapan ini, sehinggalah nyawa mereka dijemput Penciptanya. Lakonan Remy Ishak, Nabila Huda, Marissa Yasmin, Octavia Melrose dan Haeriyanto. Terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd dan diarahkan oleh abg Jamal Khan. Saksikan filem khas Tercipta Untukku di Astro First Eksklusif pada Raya pertama 6 Julai.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ceritakita © 2017 ceritonton