Hubungan yang terjalin selama sembilan tahun antara wanita Indonesia, Sandra (lakonan Wulan Guritno dan Aizuddin (Zul Ariffin) tanpa disedari Aizuddin telah membenihkan seorang anak lelaki, Alexander (Cahaya Rizki). Setelah dimaklumkan oleh rakan karibnya, Herman dari Indonesia mengenai Alex, timbullah pelbagai konflik rumahtangga yang telah dibina antara Aizuddin dan isteri sahnya, Sofia (Elaine Daly) serta anak mereka, Lis (Elfira Loy) apabila Alex dibawa ke Malaysia untuk bertemu Aizuddin.
Namun pertemuan dan perpisahan tidak dapat dielakkan. Setelah keluarga Aizuddin dapat menerima kehadiran Alex, anak itu harus pulang ke pangkuan keluarga ibunya Sandra di Eropah walau pun Aizuddin adalah bapa kandungnya namun undang-undang anak luar nikah tidak memihak kepada si bapa memandangkan Alex pula berlainan agama dan anak tidak sah tarafnya. Kemuncak cerita timbul apabila Lis yang tidak dapat menerima perbuatan ayahnya ditimpa kemalangan dan berada di antara hidup dan mati ketika Aizuddin juga terpaksa ke lapangan terbang untuk berpisah dengan Alex.
Bagaimana kah kesudahannya?